Wednesday, December 30, 2009

Salidah












SET LENGKAP SALINDAH - RM370.00


Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Apa tujuan anda makan salindah ?

  • Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
  • Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
  • Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin





Khasiat

Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.

Tuesday, December 29, 2009

Kencing Manis

Kencing Manis

Diabetes Melitus
Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Monday, December 28, 2009

Bio Oil


Pakar penjagaan kulit untuk:

1. Parut

2. Bekas kulit teregang

3. Ketidakseragaman warna kulit

4. Penuaan kulit

5. Kulit kering

Keistimewaan bio oil

1. Hasil yang terbukti secara klinikal

2. Vitamin A dan E

3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil

4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat

5. Sesuai untuk kulit yang sensitive

6. Tiada pengawet

7. Halal

MINYAK pati memainkan peranan yang semakin penting dalam amalan penjagaan kecantikan kulit untuk wanita yang ingin memiliki kulit cantik dan wajah tanpa cela.

Malah, lelaki zaman kini turut mementingkan paras rupa dan berusaha untuk memberikan penampilan terbaik dengan bantuan produk penjagaan kulit.

Antaranya adalah penggunaan Bio-Oil, minyak pati serba guna, yang membantu untuk mengurangkan kesan parut.

Bio-Oil bukan saja dinobatkan sebagai produk parut dan kesan regangan nombor satu, tetapi produk penjagaan badan nombor satu di United Kingdom.

Ia memiliki pelbagai manfaat, daripada membantu memperbaiki kesan parut sehingga mengurangkan kesan regangan dan menyamaratakan warna kulit.

Namun, dari sehari ke sehari, lebih banyak kegunaan baru ditemui. Ia turut membantu menggantikan minyak semula jadi kulit, memastikan penghidratannya dan bertindak dengan cekap untuk merawat kesan penuaan dengan menegang dan melicinkan kulit muka dan badan yang kendur dan berkedut.



Tanpa diketahui ramai, Bio-Oil juga bermanfaat membantu mengurangkan kesan gigitan serangga, pancaran matahari, penuaan, kesan jerawat, kegatalan, kulit melecur serta parut parut akibat demam campak

Menerusi sambutan daripada pengguna, Bio-Oil kini boleh didapati dalam saiz botol yang lebih besar iaitu 125 mililiter.

Bio-Oil yang lahir di benua Afrika ini diluluskan dari segi ujian kulit sensitif dan hipoalergenik, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

(RM32.90/60ml)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...