Penyakit Buah Pinggang adalah antara penyakit yang amat ditakuti dewasa ini kerana masih belum ada ubat - ubatan yang boleh merawat penyakit ini. Biasanya pesakit yang didiagnos mengalami masalah buah pinggang akan menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan organ.
Oleh itu elok kiranya kita mengetahui tanda-tanda atau simptom masalah buah pinggang.
Perubahan pola membuang air kecil.
-Kerap bangun malam untuk buang air kecil
- Air kencing berbuih
- Kerap kencing tetapi jumlahnya sedikit
- Air kencing berdarah
- Berasa tekanan untuk kencing atau susah untuk kencing
Bengkak pada muka, kaki, buku lali atau tangan
Letih
Ruam pada tubuh atau rasa gatal
Loya dan muntah
Sesak nafas
Rasa sejuk
Pandangan berpinar dan sukar fokus.
Kalau ada tanda-tanda tersebut cepat-cepatlah pergi buat pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment