Monday, February 15, 2010

Bahaya Ubat Herba

Dewasa ini ubat -ubat herba sering menjadi alternatif untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi oleh seseorang itu. Sebagai makluman kita semua sekiranya anda bercadang menggunakan ubat herba pastikan ada kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ini boleh dilihat pada label ubat berkenaan dan untuk pastikan nombor pendaftaran itu betul boleh semak dalam laman web Kementerian kesihatan. Ini amat penting untuk mengelakkan kandungan yang tidak sepatutnya (seperti steroid, plumbum, raksa dll) berada didalam ubat tersebut. Kandungan yang tidak sepatutnya itu  bahaya untuk kesihatan. Di bawah ini saya lampirkan satu artikel .....



 
MELBOURNE: Seorang pakar patalogi forensik University of Adelaide memberikan amaran mengenai potensi risiko maut ubat-ubatan herba jika diambil dalam kuantiti yang banyak, disuntik atau dicampur dengan ubat preskripsi.
Kertas kerja oleh Profesor Roger Byard yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Forensik yang berpejabat di Amerika Syarikat menyatakan peratusan besar pengguna di seluruh dunia percaya kandungan toksik semulajadi yang tinggi dalam banyak ubat-ubatan herba adalah selamat.
"Persepsi bahawa ubat-ubatan herba adalah lebih selamat daripada ubat-ubat yang dikilangkan adalah salah, sedangkan hakikatnya kebanyakannya mengandungi arsenik, raksa dan plumbum yang berbahaya," kata Profesor Byard dalam kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
"Bahan-bahan ini boleh menyebabkan penyakit serius, memburukkan lagi masalah kesihatan yang sedang dihidapi atau mengakibatkan kematian, khususnya jika diambil secara berlebihan atau disuntik."
Profesor Byard berkata amat berbahaya jika ubat herba dicampur dengan ubat preskripsi.
"Akses kepada produk itu sebahagian besarnya tidak dihadkan dan banyak orang tidak memberitahu doktor mereka yang mereka mengambil ubat herba kerana bimbang diperlekehkan, sumbangan ubatan itu kepada kematian mungkin tidak dapat dikesan sepenuhnya oleh autopsi biasa."
Analisis yang dijalankan ke atas 251 produk herba Asia di kedai-kedai di Amerika Syarikat mendapati bahan arsenik dalam 36 produk, raksa dalam 35 produk dan plumbum dalam 24 produk.
Kesan sampingan lain ubat herba boleh menyebabkan penyakit hati, buah pinggang, strok, masalah pergerakan, lemah saraf dan serangan jantung.
"Ubat herba sering dicampur dengan ubat biasa, yang dianggap akan menjadikannya lebih efektif. Ini juga akan menimbulkan akibat yang amat berbahaya," kata Profesor Byard.- dipetik dari mstar 15.2.2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...