Friday, January 22, 2010

Bahaya Steroid

Beberapa hari lalu   saya didatangi oleh seorang lelaki berumur awal lima puluhan, mengadu sakit kepala dan minta diperiksa tekanan darahnya. Saya mengunakan Digital BP set jenis Omrom. Bila diperiksa tekanan darah melebihi paras normal dan saya menasihatinya supaya jaga permakanan, selepas 3 hari saya minta datang sekali lagi untuk pemeriksaan kali ke 2 (pemeriksaan ini adalah percuma sahaja). Kali kedua diperiksa bp masih tinggi.

Saya bertanya adakah dia ada makan ubat-ubat tertentu, jawabnya dia makan ubat badan uyoh (bahasa banjar) = sakit badan yang dibelinya di kedai runcit dan telah mengamalkannya lebih 2 bulan.Beliau juga mengatakan selera makan nya juga meningkat dan secara langsung berat badan nya turut meningkat. Saya juga melihat muka agak bengkak. Akhir pertemuan saya menasihat supaya berhenti mengambil ubat yang dibeli itu kerana saya berpendapat ubat itu mengandungi kandungan steroid.

Kesan sampingan steroid seperti meningkatkan selera makan, meningkatkan tekanan darah, muka jadi bengkak, kulit boleh jadi nipis, melemahkan daya tahan badan dan boleh merosakkan organ dalaman.

Saya menasihatkan supaya kita sentiasa berhati-hati mendapatkan ubat - ubat yang dijual dikedai-kedai runcit atau pasar malam. Kalau  nak ubat baik pergi ke Farmasi atau klinik atau Hospital. Tq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...